YWednesday, September 14, 2005-11:59 pm
Bismillahirrahmanirrahim..
Mari kita muhasabah diri:
Pada hari ini:
1) sudahkah kita berselawat pada Nabi?
2) berzikir mengingati Allah dalam apa jua bentuk?
3) membaca dan menghayati ayat2 al-Quran?
4) cukup solat yang 5? berjemaah?
5) mengajak sahabat kita membuat ibadah?
6) melarang sahabat kita membuat maksiat?
7) mendoakan kebahagiaan ke atas kaum muslimin dan muslimat?
8) memberitahu sahabat kita bahawa kita sayang kepadanya kerana Allah?
9) menyedarkan sahabat kita tentang keadaan umat Islam sekarang?
10) melawat, bertanya khabar dan/atau menghubungi sahabat kita yang jauh?
11) memperbaiki diri kita lebih baik dari semalam?
Pada minggu ini:
1) melawat masjid/musolla/surau berdekatan untuk bertemu saudara/sahabat kita yang lain?
2) melawat kubur untuk peringatan ttg mati?
3) menderma/berinfaq?
4) berfikir tentang keadaan umat Islam sekarang?
5) menghadiri majlis-majlis ilmu, ceramah, halaqah dll?
6) berpuasa sunat?
7) berqiamullail, menangisi kelemahan diri dan dosa2 yg telah dilakukan?
-Hijaban Mastuuro-