YMonday, August 01, 2005-2:04 pm
Wah, ni kali pertama saya coret di sini. Jeng jeng jeng.. So, macam mana hidup kita hari ni? Sejak bangun pagi tadi waktu subuh hinggalah ke saat sekarang, berapa banyak pahala yang kita berjaya kumpul? Berapa ramai manusia yang kita ketemu dan berjaya kita sampaikan Islam kepada mereka? Just a reminder to all, semoga setiap saat dan minit hidup kita diisikan dengan menda bermanfaat. Betulkan niat sekarang pada sesiapa yang mungkin tersalah niat untuk hidup hari ni. Niat kita setiap hari hendaklah untuk mencari keredhaan Allah. Tak kisah la dengan apa jua cara sekalipun, baik belajar, berkawan, makan etc etc, semua nya bertujuan yang satu itu. Jom kita refresh balik ayat ni..
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".
Jadi, kita taknak la dibenci Allah kan. Mari kita terus bekerja dan bekerja.. semoga tetap thabat.
Take care everyone and selamat berjuang!~!
-Hijaban Mastuuro-