YThursday, July 21, 2005-2:39 pm
Bismillahirrahmannirahim,
Segala pujian bagi Allah, rabb sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w dan ahli keluarga baginda, serta para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in. Moga penulisan ku kali ini memberi erti kepada mereka yang mahu berfikir and mahukan kebaikan and keamanan, amiin.
Sukacita dimaklumkan kepada mereka yang pertama2 kali singgah ke laman ini bahawa ini adalah salah satu usaha sahabat2 untuk menyediakan tempat mencurahkan rasa hati dan sanubari terhadap sahabat2 kita, terhadap persekitaran dan tujuan kita bergerak di jalan Allah di muka bumi ini. Ku mengharapkan wadah yg disediakan ini adalah salah satu cara kita berinteraksi mengolah kreativiti yang amat dituntut dalam Islam untuk menyebarkan syariatNya.
"Invite to the Way of your Lord with wisdom and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided." (an-Nahl, 16:125)
Daripada ayat di atas, wisdom (al-hikmah) menuntut kretiaviti di tahap maximum, dan alhamdulillah ku lihat sahabat2 ku punya banyak kekuatan yang dapat menarik hati manusia lebih mendekati Allah.
Wahai sahabat2 ku,
di warung buruk ini,
ku memanggil2 dan menguit2 dirimu,
agar singgah sebentar meneguk air sebarang dua,
buat bekalan di jalan yang panjang,
lagi panas dan menyiksakan...
Tak siapa pon yang mengatakan jalan ini mudah,
tak siapa pon yang menyatakan jalan ini singkat,
juga kepahitan yang mencarik keimanan di tepian,
bisa memlemahkan manusia jika ia keseorangan...
Tetapi kemanisan yang dikutip di tgh jalan,
balasan kejayaan dan kemuliaan di akhiran,
sudah cukup mendorong Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali
dan sahabat2 lain melakukan yang tidak mungkin,
kerana kebergantungan yang amat tinggi pada Allah rabbul alamin..
Wahai teman2 yang berselerakkan,
ayuh membina benteng,
Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berjuang di jlnNya dalam keadaan bersof (berstuktur),
lagak seperti sebuah dinding yang kukuh, tidak mamah dek tiupan manja musuh2...
surah as-Sof, 61: 4.
Ayuh bersama, bangun semula...
Membaca
Berbincang
Menyampaikan
Beriman
Bertaqwa
-Hijaban Mastuuro-