YThursday, July 21, 2005-3:39 pm
posting daripada ukhti bubbly:
"Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku, ampunkanlah dosa dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."
diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud r.a, bahawa dia mengatakan,
Rasulullah saw bersabda:"tahukah kamu sekalian, siapakah orang yg benar2 bertaubat?"
kami menjawab," Allah dan RasulNya lebih tahu". Nabi Muhammad saw bersabda,
"Barangsiapa bertaubat sedang dia tidak mempelajari ilmu,
maka dia bukanlah orang yang (benar benar) bertaubat,
dan barangsiapa bertaubat sedang dia tidak bertambah tekun ibadatnya,
maka dia bukanlah orang yang (benar benar) bertaubat,
dan barangsiapa bertaubat sedang dia tidak berusaha membuat seteru seterunya rela (kepadanya),
maka dia bukanlah orang yang (benar benar) bertaubat,
dan barangsiapa bertaubat sedang dia tidak merubah pakaian dan perhiasannya,
maka dia bukanlah orang yang (benar benar) bertaubat,
dan barangsiapa bertaubat sedang dia tidak menggantikan sahabat sahabatnya,
maka dia bukanlah orang yang (benar benar) bertaubat,
dan barangsiapa bertaubat sedang dia tidak melipatkan tilamdan tikarnya,
maka dia bukanlah orang yang (benar benar) bertaubat,
dan barangsiapa bertaubat sedang dia tidak menyedekahkan kelebihan dari apa yang ada di tangannya,
maka dia bukanlah orang yang (benar benar) bertaubat,
maka apabila kelakuan kelakuan ini semua telah nyah dari seorang hamba,barulah dia menjadi orang yang sungguh sungguh bertaubat.."
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyintai orang-orang yang menyucikan diri".-AlBaqarah :222
"dan (ada pula) orang orang lain yang mengakui dosa dosa mereka, mereka mencampur baurkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. mudah mudahan Allah menerima taubat mereka. sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" -AtTaubah : 102
mumtahanah :sudahkah diri ini? sudahkah kita?sesungguhnya pengampunan Allah itu melangit luas..
by ukhti.zatul
-Hijaban Mastuuro-