YSaturday, April 02, 2005-9:29 pm
~ajarkan kepada ku apa yang tak aku ketahui, kerana sesungguhnya aku insan yang hatinya sering berbolak balik- quote from me!~
just to reflect on our life for past 2 weeks. saya percaya banyak yang dah berlaku...macam kata seseorang, it's really an eye-opening experience. banyak perubahan yang saya rasakan sepanjang 2 minggu yang berlalu. lucu, bodoh,gembira dan marah bercampur-baur. marah dan terasa bodoh dengan sikap saya sepanjang tahun ini. rasanya azam tak pernah mampu membentuk saya jadi insan dengan sifat-sifat yang dihajati. tapi syukur dan feel sorry for orang-orang di sekeliling saya yang kelihatannya ada perubahan. pelbagai perubahan, ada yang menjadi lebih baik dari dulu, ada juga yang tidak berubah malahan ada juga berubah kepada yang tidak sepatutnya. tapi siapa saya untuk buat judgement terhadap orang lain? mungkin yang saya lihat datang dari mata kasar saya yang hanya memandang tanpa menilai sedalam-dalamnya. lagi pula manusia kan selalunya bias dalam membuat judgement. susah untuk jadi adil dan tak memasukkan prejudice dalam menilai sesuatu. sedih juga lihat keadaan sekarang yang dah tak seperti dulu. terasa diri semakin jauh dari beberapa teman yang dulunya selalu berkongsi makan dan minum, pengalaman dan masalah...kenapa macam ni? adakah silap saya yang terlalu sibuk dengan diri sendiri atau kerana mereka juga sibuk dengan hidup masing-masing? kalau benar silap itu datang dari diri ini, harapnya teman-teman ini dapt memaafkan saya...maaf juga sebab saya juga kadang-kala sukar nak memaafkan perbuatan-perbuatan mereka yang tak sepatutnya. saya tahu, hati saya selalu cepat memberikan hasilnya tanpa berfikir tentang akibatnya. dan kalau kerana jalan yang saya pilih ini buat anda sekalian jauh dari saya, saya tak merasa kerugiannya dengan kehilangan anda...tak ada pilihan buat kita,kawan, sebab memang sejak dari azali lagi, inilah pilihan dan janji kita kepadaNya.saya sedar setiap orang ada hak untuk memilih berdasarkan kesesuaian masing-masing. tapi bukankah pilihan-pilihan itu adalah sekatan juga? malahan lebih teruk kerana pilihan di dunia ini tak pernah beri kita kebebasan...berapa banyak options yang diberi tetapi pilihan yang harus dibuat tetap kembali kepada satu juga? so, kenapa disini kita tak mahu terima pilihan yang dah nyata dihadapan mata? rigid sangatkah?saya faham, ianya tak mudah tapi kenapa ada insan-insan lain diluar sana sanggup mengorbankan masa,tenaga dan harta di jalan yang satu ini? adakah kecintaan mereka terhadap apa yang mereka pilih itu membina tembok sekatan yang besar untuk mereka?mungkin kefahaman kita belum lagi sama levelnya dengan orang-orang ini tapi Dia telah berjanji ; bahwa untuk setiap tingkah yang kita lakukan adalah milikNya dan bagi sekecil-kecil amal ianya tetap akan dinilai....common sense, ramai yang akan keluarkan pendapat sendiri dan saya juga tak terlepas. tak salah untuk katakan bahwa kita masih muda,masih sihat untuk kembali ke sini tapi kalau saat ajal datang bertandang, sempatkah kita untuk at least mengakui bahwa apa yang kita tahu itu benar belaka? tak sedihkah hati-hati kita melihat keadaan dunia sekarang? tak cukupkah lagi sengsara yang dirasakan sehingga kita perlu berlumba-lumba menraih perhatian dari sesuatu yang tak pasti akan pilihan-pilihannya...adakah hidup kita setakat hidup gembira dengan wang yang banyak,membina keluarga, dam kemudiannya mati tua? apa akan jadi pada masa depan kita, pada waris-waris yang akan kita hasilkan pada masa akan datang?adakah sekadar wujud untuk meneruskan pilihan yang kita pilih atau menjadi pemangkin kepada sesuatu yang pasti akan kegemilangannya?
-Hijaban Mastuuro-