YFriday, February 04, 2005-12:26 pm
Jauh di rantau orang...
Menongkah badai dan tsunami seorang diri..
tanpa teman sejati berdiri di sisi...
Nun jauh di sini..
Seorang insan mendamba diri..
memikirkan perasaan dan sanubari akhawat Brissi..
Terus melaksanakan hukum hakam Allah...
dengan semangat yang hanya ditujah..
oleh buku2 dan tutur kata tokoh2 pensyarah..
tidak kira yang masih hidup..
ataupun mereka yang matanya telah tertutup...
ya ukhti,
teruskan perjuanganmu,
kalaulah aku bisa,
akan ku ceritakan seluruh isi bumi dan langit kepadamu...
bercucuran airmata memuji ciptaan Sang Maha Bijaksana..
Namunku tersedak,
oleh keegoan dan kejelekan diri ini,
Syaitan durjana menguasai diriku sekali lagi...
Maafkan aku ya ukhti,
kerana tidak mampu mengulum kata2 sehebat al-Banna,
puisi2 sehebat al-Rashid,
hujah2 sehebat Ibnu Taimiyah...
tetapi kasih sayangku terhadapmu ya ukhti,
melampaui maluku dan kelemahanku..
tidak mahu ku melihat rambutmu dimamah api..
tidak mahu ku melihat kau digantung, disiksa..
memakan najis, memakan muntah, memakan nanah..
aku mahu engkau menemaniku di taman syurga,
bersama2 kita menghirup susu madu,
atau arak berkualiti tinggi yang tidak memabukkan...
aku mahu kita bersama berusaha ke arah itu...
mahukah enti bersama2 ku?
Maka terimalah seadanya warkah dan wasiatku..
agar berguna kepada empunya gegendang2 telinga yang menangkap,
menuntun diri dan sahabat, keluarga dan sanak saudara...
mengajak, menggalak,
kepada kebaikan, kebajikan..
menolak, meninggalkan,
daripada kejahatan dan sia-sia..
Ya Tuhan kami,
Lapangkanlah dada kami,
Dan permudahkanlah urusan kami,
Dan leraikan lah kesekatan lidah kami,
Agar mereka memahami pertuturan kami..
Semoga mereka mendapat hidayah daripada usaha2 kami..
Kerana itu adalah lebih baik daripada seluruh isi langit dan bumi...
Amin, amin, ya Rabbal alamin....
-Hijaban Mastuuro-