YMonday, February 07, 2005-5:14 pm
4 ciri:
al-khasyi'ah (Keberanian)
al-'iffah (Kebersihan/Kesucian Jiwa/Rohani)
al-'adalah (Keadilan)
al-Hikmah: seorang individu muslim kene la bijak dalam memilih antara yang benar ngan yang salah, antara hak dan batil, right and wrong, true or false... camtu aa... pastu kalau nak jadi bijak kene la timba ilmu, ilmu yang betul la...sbb ilmu byk membantu dalam amalan...amalan tanpa ilmu menjadi sia2..amalan tanpa keikhlasan juga menjadi sia2...sebab apa jua pemilihan yang kita lakukan hendaklah dipikir sedalam-dalamnya, cam kalau nak kawin, kene pikir calon yang sesuai ngan diri, takleh nak paksa2...kalau nak bina rumah, kene pikir nak taruk berapa bilik....kalau nak pergi sekolah, kalau nak belajar, kene pikir kenapa kiter gi blaja...sbb kalau bende tuh salah, tapi kiter rase ok jer, maka kite telah membuat keputusan yg tidak bijak..kene la merujuk kpd org2 yang lebih bijak dan berilmu utk tolong, kan?
al-khasi'ah: seorang individu muslim tu jugak mesti la berani utk menolak hawa nafsu nya, berani untuk menentang kebatilan, berani utk menyatakan kebenaran, berani utk melaksanakan kewajipan syarak...berani aper lagi? bukan berani membabi buta, tapi berani menegakkan agama Allah dan menolak al-hawa, kan?
al-'iffah: seorang individu muslim tu jugak mesti la mempunyai hati dan naluri yang bersih daripada tamak haloba, dengki, dan macam-macam lagi sifat2 mazmumah yg tak baik tue...hati dan perasaan tidak dikuasai oleh nafsu dan syaitan...cara membersihkan jiwa mmg byk...baca al-Quran, berzikir, elak daripada tgk movie hollywood, elak drpd tgk cerita bollywood, tak byk ketawa, tak byk bercakap kosong, tak byk borak, tak byk lepak, baca buku2 islam yang membakar jiwa, dgr lagu2 memuji allah, elak dgr lagu2 rock, elak dgr lagu2 cintan-cintan melayu...bykkan solat jemaah...apa lagi?
al-'adalah: seorang individu muslim mestilah adil dalam setiap perkara, adil dari segi meletakkan sesuatu itu pada tempatnya yang sepatutnya, bukan dipengaruhi oleh kepentingan atau ketakutan atau pengaruh manusia... adil dalam setiap aspek kehidupan seperti makan hanya apabila lapar, tido apabila mengantuk, cakap apabila perlu, buat assignment menepati masa due date, kuar gi shopping apabila kecemasan, tidak membazir duit pada cd2 cerita atau baju atau gelang atau mekap atau makanan....
semua sifat2 ini tidak berdiri sendiri tetapi bergantung antara satu sama lain...tidak mungkin seorang individu muslim itu boleh jadi berani utk menentang maksiat sekiranya diyer tidak mempunyai kebijaksanaan dalam memilih apa yg patut ditentangnya.....tidak mungkin seorang muslim itu boleh menjadi bijak dalam membezakan yang haq dan yang batil tanpa memiliki kesucian jiwa....langsung kemudian diyer tidak boleh menjadi berani dalam memusuhi maksiat dan kemungkaran...pastu kalau tidak ada tiga sifat2 itu, camner seorang muslim tuh nak jadi adil dalam meletakkan sesuatu pada tempatnya? mesti keadilannya hanya menurut kepentingan dan tidak bijaksana, malah tidak berani dan takut utk menegakkan kebenaran...kerana juga tiada kebersihan dalam jiwanya....
wahai individu2 yang kuseru!!
bangkitlah! kuasai nafsumu!!
engkaulah tuan kepada hidupmu!!
engkau kan tahu hanya ada 2 destinasi
ayuh menuju syurga!!
takuti lah neraka!!
marilah bersama2!!
heheeh...bagi semangat skit..kadang-kadang kalau tak semangat cakap aper pon tak jln jugak..syukran ukhti tersayang atas sokonganmu :)
sekian dulu..wassalam
-Hijaban Mastuuro-