YMonday, November 29, 2004-12:59 am
Bismillahir rahmanir rahim
Memulakan sesuatu dengan "nama Allah" itu merupakan satu adab cara yang diwahyukan oleh Allah Taala kepada Rasulnya dalam ayat 1 surah al-Alaq, maksudnya:
BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN
Adab cara ini amat la sesuai dengan dasar kefahaman Islam yang agung, yang menganggap Allah Taala bersifat Maha Awal dan Maha Akhir, Maha Zahir dan Maha Batin.
Allah Taala adalah Zat yang maujud (mempunyai kewujudan), dan segala maujud yang lain mendapat kewujudan mereka daripada Allah Taala, dan segala permulaan mereka jugak adalah berpangkal daripada kewujudan Allah, kerana itu adalah sangat sangat wajar segala permulaan, segala harakat (tindakan), segala tujuan itu dimulakan dengan namaNya.
Maka, dengan nama Tuhan yang ar-Rahman, yang Maha penyayang, dan yang ar-Rahim, yang Maha pengasih, Kedai Kopi Brissy dibuka kepada pelanggan dengan menu-menu yang istimewa sebagai hidangan kepada jiwa-jiwa yang laparkan kebenaran dan dahagakan keimanan.
-Hijaban Mastuuro-